Cara Membuat Halaman Disclaimer & Privacy Policy di Blog

Apakah yang dimaksudkan dengan Disclaimer?

Disclaimer is a statement that denies something, especially responsibility. Dalam bahasa Melayu disebut sebagai Penafian bahwa pembuat penafian tersebut tidak bertanggung jawab terhadap sesuatu.

Untuk lebih terperinci tentang disclaimer boleh baca di blog Adam Muiz.

Kepentingan Privacy Policy Blog

Pentingnya privasi polisi pada sesebuah blog kerana ia sedikit sebanyak syarat utama untuk pihak advertiser jikalau korang sedang cuba menjadikan blog salah satu sumber pencarian pada masa akan datang.

Privasi polisi ini juga dibuat bertujuan untuk memberitahu pengunjung blog tentang peraturan khususnya yang berkaitan. Selain itu ia juga menjadi salah satu syarat penting untuk mendapatkan pengiklanan dari advertiser seperti Google Adsense atau Facebook Instant Articles dan lain-lain.

Cara Membuat Privacy Policy

1. Pergi ke laman www.privacypolicyonline.com

2. Isi ruangan kosong yang telah disediakan seperti Website/App, Clauses dan Contact. 

3. Pada bahagian Website/App Name, korang masukkan nama blog. Sebagai contoh, "Belajar Buat Blog". Kemudian, masukkan website URL seperti https://ebookbelajarbuatblog.blogspot.com


4. Seterusnya, pada bahagian Clauses pula, isikan ruangan tersebut. Sekiranya menggunakan Cookies, klik Yes. Seandainya korang mempunyai iklan Google Adsense kat blog, sila klik Yes. 

Dan sekiranya korang mempunyai iklan dari pihak ketiga seperti banner, affiliates, sila klik Yes.  Kemudian, masukkan Negara (Malaysia) dan Negeri (Asal korang).


5. Seterusnya, isi bahagian Contact, iaitu Email. Dan akhir sekali klik Create Privacy Policy. 


6. Korang boleh pilih samada nak ambil link sahaja ataupun copy semua kod. Aku tunjukkan cara yang pertama dahulu ya. Korang Copy a Clipboard. 


7. Seterusnya, korang pilih Pages, Create New Page untuk buat halaman baru. 


8. Masukkan Title "Privacy Policy". Kemudian, korang ada nampak yang ada icon pensel tu kan. Korang klik saja HTML View. 


9. Korang paste kod yang dah di copy tadi. Klik Compose View. 


10. Kalau rasa dah okay, terus klik Publish. 


11. Pilih Layout, korang pilihlah nak letak kat Main Menu ke, Topbar Menu, atau Footer. Macam blog ini, aku letak kat Topbar Menu. 


12. Kemudian, klik 'Add a New Item". Pada bahagian Site Name letak "Privacy Policy". Site URL pula, letakkan URL pages Privacy Policy yang korang dah buat. Sebagai contoh, https://ebookbelajarbuatblog.blogspot.com/p/privacy-policy.html



Cara Membuat Halaman Disclaimer 

1. Untuk membuat halaman Disclaimer pula, caranya sama sahaja. Pergi ke laman www.privacypolicyonline.com. Isi butiran seperti Website dan Contact Details. 

2. Pada bahagian Website Name, korang masukkan nama blog. Sebagai contoh, "Belajar Buat Blog". Kemudian, masukkan website URL seperti https://ebookbelajarbuatblog.blogspot.com


3. Seterusnya, pada bahagian Contact Details, masukkan Country, State beserta Email. Kemudian, klik Create Disclaimer. 


4. Baiklah, yang ini pula aku tunjukkan cara copy link disclaimer page macam mana. Korang copy sahaja link disclaimer.

5. Sama sahaja seperti Privacy Policy tadi, korang pergi bahagian Layout. Pilih Topbar Menu, Kemudian, klik 'Add a New Item". Pada bahagian Site Name letak "Disclaimer". 

Site URL pula, letakkan URL pages Disclaimer yang korang dah copy link tadi.  Sebagai contoh, https://www.privacypolicyonline.com/live.php?token=ei0NkCmO0Dj8sBcM0QM9cs53YH1z2cji (Link dari disclaimer generator)

Contoh Disclaimer Blog

Selain itu, korang juga boleh menggunakan Free Disclaimer and Privacy Policy Generator ini.


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog