Checklist Sebelum Tukar Template Blog

Hari ini aku mahu kongsikan cara macam mana nak buat checklist sebelum tukar template blog. Template blog ni kita pilih bukan suka hati sahaja tau. Asal nampak cantik di mata kita sahaja tetapi di mata pengguna pula kita abaikan. 

Pemilihan template yang kurang tepat dan tidak sesuai akan memberikan kesan kepada prestasi blog kita dan juga pengguna. Aku tahu kita mahu template yang lawa dan menarik. Tetapi lawa dan menarik sahaja sebenarnya tidak cukup. 

Checklist Sebelum Tukar Template Blog

Oleh itu, aku kongsikan pengalaman aku sendiri macam mana nak buat checklist sebelum tukar template supaya ianya memenuhi kehendak kita dan juga keperluan pengguna. 

Checklist Sebelum Tukar Template Blog

1. Buat Senarai Semak Template

Pertama sekali korang kena buat senarai semak template dahulu sebelum nak tukar apa-apa template. Korang kena senaraikan apa yang korang mahukan dalam template tersebut.

Apa yang korang perlu senaraikan? 
  • Jenis template - Niche template : Magazine, Business, Lifestyle dan lain-lain.
  • Layout template - Nak berapa column? Nak sidebar sebelah kiri atau kanan? Nak ada footer atau tanpa footer?
  • Warna template - Boleh customize atau tidak?
  • Kelebaran template - Boleh ubah atau tidak?
  • Susunan menu - Nak ada dropdown? Mega-menu? Selepas header? Sebelum Header?
  • Size Header - kecil atau besar? 
Di atas tu cuma sebahagian list sahaja. Terpulang dengan korang nak template macam mana.

Kenapa perlu senaraikan? Hal ini demikian, apabila dah tukar template yang kita pilih tu, ada kriteria atau ciri-ciri template yang kita mungkin tak suka. Jadi terpaksa tukar lagi balik. 

Nak tukar template nie banyak kerja nak buat, memenatkan dan perlu banyak masa untuk edit. Jadi lebih mudah sekiranya kita senaraikan dahulu ciri-ciri template yang kita nak. 

2. Semak Kelajuan Blog

Kemudian baru korang semak kelajuan blog. Boleh semak di GTMetrix. Apa yang korang perlu semak kat GTMetrix?

GTmetrix Grade 
Web Vitals 
Buat blogger beginner, mungkin masih bingung dan tak faham. Jangan risau ada cara yang lebih mudah nak tahu. Korang boleh lihat kat bahagian Page Details. Di sini korang boleh lihat apa yang menyebabkan blog korang slow. 
  • Javascript - Seperti iklan, kod javascript dalam blog 
  • Image - Saiz image blog, header, image perlu di compress dan resize
  • HTML - Kod HTML dalam blog
  • Font - Saiz font, jenis font, berapa banyak font yang korang guna
  • CSS - Hiasan tambahan dalam blog 
  • Video - Saiz video dalam blog
  • Other
Aku tidak mahir bab teknikal ini juga apatah lagi berkenaan programming. Jadi aku cuma bagitau secara ringkas sahaja apa yang aku faham. At least korang tahu jugalah apa yang korang patut tengok di blog. 

2. Semak Broken Link

Seterusnya, apabila dah buat apa yang patut selepas semak GTmetrix, korang kena semak broken link juga. Buang apa yang tak patut kat blog tu. Broken link adalah pautan web yang korang tidak dapat ekses walau apa pun yang korang lakukan.

Sekiranya korang biarkan ianya akan memberi kesan kepada SEO :
  • memberi kesan kepada Google search result
  • Kualiti blog dilihat melalui kurangnya jumlah broken link
  • memberi kesan kepada user experience (pengguna)
  • meningkatkan bounce rate
Semakin lama berblog semakin banyak juga jumlah broken link. Jadi rajin-rajinlah buang broken link sekurang-kurangnya sebulan sekali. 

Caranya korang kena google sendiri macam mana nak buang. Tak kuasa sebenarnya nak buat tutorial tu di sini haha. Banyak sangat stepnya. 

3. Template Free atau Berbayar

Dah settle, korang kena buat keputusan samada nak template free atau berbayar. Aku cadangkan korang guna template free dahulu. Ada banyak website untuk pilih template blog percuma

Bagi blogger baru, template bukannya tak penting cuma lebih baik korang fahamkan dulu perjalanan blog korang macam mana. Aku cadangkan korang pilih template dari Templateify, Way2themes, dan Soratemplates.

Korang pilih template berdasarkan apa yang korang dah senaraikan tadi. Jangan lupa baca description template dan lihat features apa yang berfungsi dan tidak. Tidak semua features yang ditawarkan itu boleh digunakan. Ada yang korang kena bayar baru boleh guna. 


4. Susun Atur & Cara Setup Template

Bagi aku susun atur dan cara setup template pun sangat penting. Adakah mudah ataupun susah? Setiap template mempunyai cara setup yang berbeza. Even nak edit main menu di blog pun ada banyak caranya. 

Bagi yang dah lama berblog tu senang sikit nak faham dan edit. Tetapi bagi blogger baru memang ambil masa dan susah sikit nak faham. 

Selain itu, susun atur layout template juga penting. Adakah template tersebut ada layout khas untuk ads? Ada orang nie dia nak iklan di atas header, ada yang nak di bawah footer dan sebagainya. Ada yang suka features post. Ada yang suka slide post. 

5. Pilih Template Yang Memenuhi Kehendak / Keperluan 

Akhir sekali, pilihlah template yang memenuhi kehendak dan keperluan blog. Template apa yang memenuhi keperluan dan kehendak blog? Yang korang buat senarai semak template mula-mula tu lah.

Sebagai contoh untuk blog aku :

1. Header kecil dan ada ruangan untuk iklan sebelah kanan
2. Main menu selepas header
3. Warna dan kelebaran blog boleh diubah
4. Night mode
5. Simple dan tidak suka banyak post kat blog
6. Layout khas untuk ads

Itu cuma sebahagian kecil sahaja ciri-ciri yang aku mahu dalam blog. At least korang boleh dapat gambaran nak template blog macam mana. 

Pastikan juga semua widget dan features berfungsi di blog selepas tukar template. 


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog