Buat pertama kalinya aku kongsikan dengan korang senarai 100 keywords beserta CPC dan Volume yang korang boleh gunakan di blog. Dalam erti kata lain korang boleh gunakan kata kunci ini untuk buat artikel blog.
Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.
Apa itu keyword?
Sebelum tu aku terangkan dahulu secara ringkas apa itu keyword atau istilah Bahasa Melayu iaitu Kata Kunci.
Kata kunci (Keyword) ini sangat penting untuk mengoptimasikan mesin pencari. Keyword adalah kata kunci dan frasa yang digunakan orang ketika mereka mencari topik atau produk secara online.
Apa yang kita search dan taip di google itulah yang dipanggil keyword samada dalam bentuk satu perkataan, frasa mahupun ayat.
Sebagai contoh korang tak tahu macam mana nak masak rendang. Jadi, korang taip kat Google 'cara mudah masak rendang'. Oleh itu, 'cara mudah masak rendang' di panggil sebagai keyword.
Kenapa Keyword Penting?
Pertama sekali, keyword adalah sebahagian daripada teknik SEO yang sangat diperlukan dalam menulis artikel.
Dengan penggunaan kata kunci yang baik dan tepat akan membantu pengguna untuk mencari konten yang mereka inginkan secara mudah dan cepat.
Selain itu juga, keyword membantu pengguna untuk mencari infomasi dan topik terkait rapat dengan kata kunci yang dicari.
Bagaimana nak menggunakan keyword di artikel blog?
Baiklah, aku cuma terangkan secara ringkas saja bagaimana nak menggunakan keyword di artikel blog.
Pertama, korang boleh letak keyword di bahagian tajuk. Maksudnya dalam artikel korang kena ada kata kunci tersebut.
Kedua, gunakan kata kunci pada image blog. Korang boleh masukkan kata kunci pada image yang kita gunakan di blog.
Ketiga, korang boleh gunakan keyword di bahagian permalink (url artikel blog)
Keempat, gunakan kata kunci di bahagian search descriptions yang ada pada blog semasa menulis artikel.
Dan akhir sekali gunakan keyword dalam artikel blog kita paling minimum pun 3 kata kunci.
Kesimpulannya
Senang saja sebenarnya nak buat artikel SEO kalau korang mahir dalam menggunakan keyword pada blog. Caranya adalah dengan buat latihan menulis setiap hari.
Kalau kita tak praktikkan kita memang tak tahu macam mana nak buat. Buat latihan dengan menulis secara konsisten.
Untuk dapatkan senarai 100 keyword beserta CPC & Volume, korang boleh download secara percuma di Channel Telegram ya.
Catat Ulasan