Senarai Widget Yang Penting di Blog Untuk Beginners

Dah lama tak update blog ini kan. Sebenarnya aku dalam proses buat ebook baru lagi dan mungkin ambil masa beberapa bulan untuk siap, sebab ebook kali ini aku buat yang berbayar. 

Jadi hari ini aku nak kongsikan dengan kalian tentang senarai widget yang penting di blog untuk beginners. 

Senarai Widget Yang Penting di Blog Untuk Beginners

What is a widget in a blog?

The term widget refers to any tool or content that you add, arrange or remove from the sidebar(s) of your blog — these are the blocks that make up your sidebar. (https://help.edublogs.org/widgets)

Salah satu contoh widget yang ada dalam blogger ialah Pageview, Followers, Popular Post, Bloglists dan banyak lagi.

Fungsi Widget Dalam Blog

1. Memudahkan navigasi blog

Apabila kita letak widget dalam blog, memudahkan kita untuk mencari konten dalam blog. Sebagai contoh, penggunaan label memudahkan kita mengkategorikan sesuatu topik. Jadi pembaca tidak perlu susah-susah untuk skrol satu persatu artikel blog kita.

2. Menampilkan blog yang lebih cantik, tersusun dan kemas

Penggunaan widget membuatkan blog kita tampak lebih kemas dan tersusun berbanding tanpa widget blog kelihatan kosong dan tidak tersusun.

Senarai Widget Yang Penting di Blog Untuk Beginners

Untuk blogger pemula, biasanya memang banyak menggunakan widget tertentu. Antara widget yang penting korang letak di blog buat blogger baru adalah seperti :

1. Followers
Followers sangat penting buat blogger baru kerana followers yang follow blog kita akan dapat melihat konten blog setiap kali kita post artikel baru di blog. Jadi apabila kita tidak meletakkan widget followers memang agak sukar untuk mencari pembaca dan meningkatkan pageview blog. 

2. Labels
Aku tidak pasti blogger lain, tetapi bagi aku penggunaan labels sangat penting dalam blog. Hal ini kerana artikel yang dilabelkan akan di compile dalam satu kategori. Jadi kalau nak cari resepi, semua resepi akan keluar di blog. 

3. Blog Achieve / Popular Posts
Blog achieve widget untuk menyenaraikan semua artikel blog kita mengikut tarikh dan bulan. Manakala popular posts pula ialah artikel yang mempunyai view yang banyak akan disenaraikan di popular blog. 

Ada blogger suka letak dua-dua widget ini. Ada juga yang letak salah satu sahaja. Kalau aku lebih prefer letak blog achieve berbanding popular posts. Tak salah pun nak letak. Bergantung dengan korang nak pilih mana. 

4. Bloglists
Bagi blogger baru, widget bloglists ini penting supaya kita dapat melihat update baru dari blogger lain. Selain itu, memudahkan kita untuk blogwalking blog yang kita minat dan selalu dijadikan rujukan. Blogger baru aku sarankan korang untuk letak bloglist panduan blog. Jadi mudah untuk korang belajar dan mengetahui tips-tips blog. 

Cara Pasang Widget di Blog

1. Login blogger, pilih Layout. Kemudian klik Add a Gadget.
2. Seterusnya, korang boleh pilih mana-mana widget yang korang suka. Misalnya widget Popular Posts.
 

3. Isi bahagian Title (Tajuk boleh buat bebas. Nak tulis Tending, Hot Posts, atau Popular Post pun boleh). Pilih nak most viewed All time, Last Year, Last 30 days ataupun Last 7 days. 

Korang nak list berapa popular posts. Boleh pilih nak letak nombor berapa. Paling maksimum boleh letak 10 sahaja. Kemudian klik Save.
 

4. Widget tu korang boleh ubah posisi nak bawah categories ka, nak atas ka tak kisah. Korang drag sahaja widget tu untuk ubah kedudukan.
5. Dah siap! Popular posts dah ada kat blog. 



Semoga bermanfaat.


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog