Hari tu ada yang bertanya macam mana nak buat main menu di blog? Ada yang dah tukar template tetapi tak reti nak edit menu, submenu, sidebar dan sebagainya.
Sebenarnya bukan tak nak ajar, cuma kadang setiap template mempunyai setting dan cara edit yang berbeza. Walaupun begitu, ada caranya juga. Aku ajar korang cara yang biasanya aku edit lah.
Tips Sebelum Buat Main Menu di Blog
Pertama sekali korang kena buat entri yang berkenaan dengan menu. Part ini wajib ya teman-teman. Sebab kita nak link menu tu. Kalau kita tak buat entri yang berkaitan dengan menu, jadi susah kita nak buat link.
Kedua, korang kena
buat menu berdasarkan niche blog. Aku memang sarankan korang buat menu berdasarkan
niche blog.
Tutorial Cara Buat Main Menu Di Blog
Tutorial 1 (Blog Yang Dah Sedia Ada Menu)
1. Korang buat artikel yang berkaitan dengan menu. Sebagai contoh, artikel Google Search Console. Senang sahaja cara nak buat link dia. Korang masukkan sahaja label Google Search Console.
2. Isi bahagian Labels. Suka hati korang nak buat label apa.
3. Kemudian, korang view artikel tadi.
4. Ada 2 cara nak ambil link dari labels nie. Cara pertama adalah dengan klik label Google Search Console pada artikel.
5. Cara yang kedua adalah dengan klik label Google Search Console di bahagian sidebar. Biasanya yang nie bagi blogger yang ada letak labels kat blog.
6. Kemudian, korang copy link labels tersebut.
7. Dah copy. Korang pilih Layout, klik Main Menu.
8. Korang edit bahagian Google Search Console.
9. Masukkan link yang dah di copy tadi. Kemudian klik Save. Dan klik Save lagi.
Tutorial 2 (Blog Yang Tiada Main Menu di Layout)
Bagi template yang tiada main menu di bahagian layout pula. Korang kena edit coding HTML kat bahagian theme. Sebagai contoh, blog kat bawah nie tiada main menu kat bahagian layout.
Menu yang ada STRANGER, BLACK PANTHER, WOLVERINE, SPOTLITE, DROPDOWN, ERORR 404. So kita nak tukar menu ini dengan menu yang kita nak.
1. Caranya adalah dengan korang pergi bahagian Theme. Kemudian, klik Edit HTML.
2. Kemudian, korang CTRL+F, cari perkataan STRANGER. Korang akan jumpa kod seperti :

Stranger

Black Panther

wolverine

Spotlite

Ubah STRANGER kepada menu yang korang nak. Gantikan # dengan link url labels yang korang nak. Sebagai contoh, dia akan jadi macam nie.

Blogging

Google Adsense

Google Search Console

SEO Articles

Kemudian, Save Changes. So, menu korang dah bertukar seperti gambar di bawah.
Sebenarnya ada banyak cara juga nak edit main menu nie. Semuanya bergantung dengan template yang kita pilih. Setiap template memang tak sama cara edit.
Oleh sebab itu, setiap kali edit template korang kena baca documentation template blog tu. Biasanya memang dah disediakan cara yang lengkap untuk template yang kita pilih.
Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.
Catat Ulasan