Panduan Lengkap Cara Daftar Google Analytics 4 (GA4) Terkini 2022


Apabila korang mula berblog, bagaimana cara kita nak tahu samada kandungan blog kita dapat menarik trafik, meningkatkan engagement, mengenali audience dan konten yang sepatutnya kita buat? 

Caranya adalah dengan menggunakan Google Analytics.

Kepentingan memasang Google Analytics di blog

Analisis web sangat penting untuk mengembangkan website atau blog kerana ia memberikan data pelawat supaya kita boleh mengenal pasti statistik sesebuah website.

Terdapat banyak alat untuk mengukur dan menganalisa sesebuah website yang boleh digunakan. Namun kebanyakkan blogger menggunakan Google Analytics kerana ianya percuma dan antara alat yang paling popular digunakan.

Antara kepentingan memasang Google Analytics di Blog ialah :
  • Dapat mengumpul data pengunjung serta mengenali siapa pengunjung blog
  • Memahami apa jenis kandungan artikel yang dicari pengguna
  • Mengesan jangka masa lawatan setiap pengunjung blog
  • Melihat prestasi blog berdasarkan users, bounce rate, pageviews, engagement time dan lain-lain
  • Mengukur perkembangan blog dari semasa ke semasa

Cara Daftar Google Analytics 4 (GA4) Terkini 2022

1. Login blogger.com, pilih Stats, klik More About This Blog.

2.Kemudian, skrol paling bawah, klik More On Google Analytics.

3.Klik Start Measuring (Boleh klik link ini terus)

sign-up-google-analytics
4.Terdapat 3 langkah penting sebelum setup Google Analytics iaitu Account Setup, Property Setup dan About Your Business.

5.Pada bahagian Account Setup, isi butiran akaun di My New Account Name.
  • Boleh letak nama penuh, nama company atau bisnes, nama website/blog 

daftar-google-analytics-2022

6. Pada bahagian Property Setup (Create a Google Analytics 4 property to measure your web and/or app data)

  • Masukkan Property Name (Property name is required and must be between 4 and 100 characters long)

  • Set Time Zone dan Currency mengikut Negara (Malaysia - Singapore Time)
daftar-google-analytics

7. Pada bahagian About Your Business - Korang isi dan tick mana yang berkaitan dengan website/blog korang. Kemudian klik Create.
daftar-google-analytics

8. Baca Google Analytics Terms of Service Agreement. Kemudian klik 'I accept'.

google-analytics-terms-of-service-agreement

Dah siap daftar Google Analyitcs 4 (GA4). Seterusnya, kita buat cara setting Google Analytics 4 (GA4) pula.

Cara Setting Google Analytics (GA4) di Blog

1. Biasanya kalau dah daftar, korang akan terus ke halaman admin. (Rujuk gambar)
  • Admin → Data Stream → Choose Platform → Pilih Web (Website/Blog)
cara-setting-google-analytics-di-blog

2. Set up data stream - Pada bahagian ini korang isi Website URL dan Stream name. 

set-up-data-stream-google-analytics
Sebagai contoh,
Kemudian Create Stream.

3. Seterusnya ia akan muncul Web stream details. 

daftar-google-analytics

Data collection isn’t active for your website. If you installed tags more than 48 hours ago, make sure they are set up correctly. View tag instructions.

Korang klik je  View tag instructions tu. 

Kalau tak jumpa juga, korang skrol sikit kat bawah, klik View tag instructions (Rujuk gambar di bawah)

google-analytics-2022

4. Install your Google tag - Untuk pengguna blogger → Pilih Install Manually

Below is the Google tag for this account. Copy and paste it in the code of every page of your website, immediately after the <head> element. Don’t add more than one Google tag to each page.
google-tag-google-analytics-blogger
Korang copy code yang diberi (sila rujuk code Google Tag masing-masing)

5. Copy and paste Google Tag Code di blogger. 
  • Login blogger → Theme → Edit HTML 
Paste code di bawah <head>  Kemudian save.

code-google-analytics-blogger

6. Korang pergi balik Web stream details → Copy Measurement ID korang. (Contoh : G-K123456780)

Kemudian, klik Manage Connected Site Tags (di atas view tags instructions)

Pada bahagian Connected Tags, korang masukkan Measurement ID dan Nickname (Nama blog/website)
Panduan Lengkap Cara Daftar Google Analytics (GA4) Terkini 2022

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dah siap. Itu saja langkah-langkah yang korang kena buat untuk daftar dan setting Google Analytics (GA4) di blog.

Macam mana nak tahu berjaya atau tidak?

Korang boleh lihat kat Web Stream Details. (Data collection is active in the past 48 hours)

Selain itu, boleh nampak kat Google Tag, bahagian Manage Connected Site Tags dan View tag instructions

Panduan Lengkap Cara Daftar Google Analytics (GA4) Terkini 2022
Contoh blog yang berjaya connect Google Analytics

Kemaskini Universal Analytics (UA) kepada Google Analytics 4 (GA4)

Buat blogger lama yang masih menggunakan Universal Analytics (UA) Korang pun kena kemaskini Google Analytics (GA4) juga.
Universal Analytics will no longer process new data in standard properties beginning July 1, 2023. Prepare now by setting up and switching over to a Google Analytics 4 property.

Tukar Universal Analytics (UA) kepada GA4

1. Login Google Analytics → Admin  → GA4 Property Setup Assistant

google-analytics-GA4-2022

Kemudian ulang step Cara Setting Google Analytics 4 (GA4) di Blog di atas tadi.


Setakat ini, itu sahaja aku mahu kongsikan. Semoga artikel ini membantu untuk mendaftar Google Analytics. Jangan lupa share dengan kawan yang lain ya. Semoga bermanfaat~

Sekiranya ada masalah dalam pendaftaran dan tak faham boleh dapatkan SERVIS BLOG aku dengan harga yang murah.


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

2 Ulasan

  1. tq for sharing this good info, akak baru je update, memang kena baca satu-satu dan details..sangat membantu

    BalasPadam
  2. Nurul nk tanya knp kita kena setting GA4 ni ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog