Blog utama aku Sii Nurul entahlah dah berapa kali tukar template. Dari loading blog, iklan dan performance semuanya jadi serba tak kena.
Bukan senang nak pilih tempat kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memutuskan untuk menukar template blog. Malah menambahkan kerja lagi sekiranya salah pilih template.
Walau bagaimanapun aku memilih untuk tukar template juga atas beberapa sebab yang aku akan huraikan di bawah. Berikut adalah 6 sebab kenapa aku kerap tukar template blog.
1. Masalah Kelajuan Blog
Perkara pertama yang aku akan lihat sebelum memilih untuk tukar template blog ialah menyemak kelajuan blog. Biasanya aku akan semak kelajuan blog di GTmetrix.
Mulanya blog memang nampak laju loading tetapi apabila ditambah dengan script iklan, blog serta merta jadi lambat loading. Ini menyebabkan Bounce Rate blog aku menaik dari 21% kepada 38%.
Apa itu Bounce Rate?
Bounce Rate merujuk kepada suatu metrik yang lazim digunakan dalam analisis trafik web dimana ianya adalah untuk mengukur peratusan pengunjung yang memasuki laman web dan meninggalkan halaman tanpa berinteraksi dengan halaman dan kandungan lain di dalam web tersebut.
Dalam erti kata lain, "bounce" atau tolakan berlaku apabila pengunjung tiba di suatu laman dan kemudian meninggalkan laman web tersebut tanpa mengklik pautan lain yang ada dalam halaman tersebut.
Paling simple korang nak faham, pengunjung datang buka blog korang cuma baca satu halaman sahaja dan tidak berminat pun dengan artikel blog yang lain. Dah baca terus blah... Gitu..
Malah yang paling sadis, baru buka blog tetapi disebabkan lambat loading, dorang dah hilang minat nak lepak di blog lama-lama.
Kadar bounce rate Bulan Julai
Kadar bounce rate Bulan Ogos
Sebab Bounce Rate Blog Tinggi?
Bounce rate yang tinggi biasanya menunjukkan bahawa pengunjung :
- Tidak dapat menemui apa yang mereka cari
- Kandungan blog tidak memberikan infomasi yang mereka inginkan
- Halaman blog tidak menarik minat pengunjung untuk kekal lama di blog
- Kelajuan blog yang perlahan
Walau bagaimanapun, jenis kandungan blog tertentu seperti infografik mungkin mempunyai kadar bounce yang tinggi secara semula jadi kerana pengunjung mendapat maklumat yang mereka perlu tanpa perlu melayari info dengan lebih lanjut.
Berapakah Peratus Bounce Rate Yang Baik?
Bounce rate yang "baik" adalah berbeza bergantung kepada jenis laman web dan matlamatnya. Secara umum, bounce rate yang lebih rendah sering dianggap lebih baik, kerana ia menunjukkan bahawa pengunjung sedang berinteraksi dengan kandungan dan meneroka lebih banyak laman dalam laman web tersebut.Apa yang dapat aku simpulkan adalah kelajuan blog yang perlahan menyebabkan peningkatan bounce rate dan penurunan pageviews.
Kadar klik Google Search Console (CTR) merujuk kepada peratusan jumlah klik yang diterima di blog korang berbanding dengan jumlah paparan (impression) yang diterimanya dalam hasil carian Google.
Dalam konteks Search Console, CTR memberikan gambaran tentang sejauh mana pengguna yang melihat laman web korang dalam hasil carian juga mengklik pautan untuk melawat laman blog korang.
2. Prestasi Google Search Console Menurun
Antara faktor yang mempengaruhi keputusan aku untuk tukar template blog adalah kerana prestasi Google Search Console semakin menurun.
Terdapat beberapa aspek yang aku akan lihat dalam Google Search Console iaitu ;
- Google Search Insight - Pada bahagian search insight adakah artikel yang aku tulis muncul di bahagian new content?
Bayangkan setiap hari post artikel di blog tetapi artikel yang muncul cuma 2 minggu lepas punya sahaja.
Terpaksa aku buat URL Inspection untuk lihat samada artikel aku dah diindeks ataupun tidak. Apabila disemak kebanyakkan dah diindeks.
Macam mana nak buat supaya artikel muncul di bahagian New Content?
Di bawah adalah tips yang Google Search Console sendiri bagi.
1. Kandungan artikel hendaklah yang terkini dan sekurang-kurangnya mempunyai beberapa views untuk muncul di bahagian new content. (Berapa views tidak dinyatakan)
2. Berdasarkan data daripada Google Analytics :
- Kandungan artikel yang mempunyai High average duration dapat menarik pengunjung yang datang ke blog. Ianya ialah purata jumlah tempoh masa yang pengunjung habiskan pada suatu kandungan atau halaman tertentu di laman web. Semakin tinggi tempoh masa, semakin tinggi juga engagement artikel tersebut.
- Berapa banyak trafik pengunjung yang melihat web / blog korang. (Views)
- Average engagement time adalah purata masa yang diperlukan seseorang untuk membaca di halaman atau artikel selama 28 hari.
3. Peletakan Iklan Kurang Sesuai
Ada sesetengah template blog yang kurang strategik dari segi peletakan iklan di blog. Aku kurang gemar sekali dengan template blog yang menutup kandungan artikel.
Ada sesetengah blogger dia macam tak kisah sangat tentang itu. Pengunjung datang nak baca blog kita bukan nak tengok iklan di blog.
Iklan terlalu banyak sangat pun tak best. Aku tahu kita struggle nak cari duit sekarang ini tetapi berpada-padalah.
Usaha untuk jaga pengalaman pengguna ketika masuk blog kita. Aku baca artikel di blog aku sendiri pun datang rimas tengok iklan sampai tak boleh baca apa yang ditulis.
Walaupun aku dah kurangkan iklan di blog, tetapi iklan yang muncul di tengah posting tu yang kadang bikin spoil mood baca blog.
Jadi solusinya terpaksalah tukar template yang sesuai dengan niche. Dan paling penting pastikan iklan yang dipasang tidak mengganggu pengunjung sehingga sukar untuk membaca blog kita.
4. Penurunan CTR Google Adsense & Google Search Console
Apa itu Click-Through Rate (CTR) Google Adsense?
Kadar Klik Google Adsense (CTR) mewakili jumlah klik pada iklan berbanding dengan jumlah berapa kali iklan tersebut telah dipaparkan.
Total Number of Ad Clicks ÷ Total Number of Impressions = Click-Through Rate (CTR)
Sebagai contoh sekiranya iklan korang mendapat 5 klik daripada 100 paparan (impression), kadar CTR Adsense korang akan menjadi 5%."
Contoh di bawah :
12 clicks ÷ 5.1k impressions = 0.78%
Selain daripada trafik, CTR juga merupakan faktor paling penting yang mempengaruhi pendapatan Adsense blog. Tiada guna ribuan pengunjung sekiranya CTR sangat rendah.
Google Adsense tidak melihat kepada trafik blog, tetapi trafik dari akaun adsense itu. Of course lah trafik blog juga mempengaruhi trafik google adsense kerana semakin tinggi pageviews blog, bermakna pageviews di google adsense juga meningkat.
Tetapi yang menjadikan pendapatan adsense korang itu meningkat ialah CTR daripada klik iklan, impressions dan nilai CPC iklan.
Apa itu Click-Through Rate (CTR) Google Serach Console?
Jumlah impressions yang tinggi pada laman web tidak semestinya akan menghasilkan lebih banyak klik. Di sini On-Page SEO memainkan peranan yang penting.
Oleh sebab berlaku penurunan yang ketara CTR Google Adsense dan Google Search Console di blog aku membuat keputusan untuk tukar template blog. Point 1-3 tadi memberi kesan kepada point nombor 4 nie.
5. Widget Tertentu Tidak Boleh Digunakan
Ada juga widget dalam template tidak dapat digunakan menyebabkan error dan masalah javascripts. Biasanya template percuma selalu menpunyai masalah widget.
Dan template yang masih menggunakan versi lama biasanya tidak dapat menyokong perubahan algorithm google terkini.
Oleh itu, sekiranya korang menggunakan template percuma, sila semak semula kali terakhir template tersebut dikemaskini.
Aku selalu gunakan template dari Templateify dan Blogger Templates 2023.
6. Reka Bentuk Blog
Setelah semak bahagian teknikal, setting blog yang lain biasanya perkara terakhir aku akan lihat adalah dari segi reka bentuk template tersebut adakah mesra mobile, responsive dan mempunyai ciri-ciri SEO yang baik?
Adakah template tersebut mempunyai widget dan ciri-ciri yang aku inginkan seperti widget archieve yang boleh buat senarai, layout boleh dilaraskan kelebarannya, custom warna template dan banyak lagi.
Perkara paling penting aku akan lihat sebelum memilih template ialah :
- SEO ready Theme / Fully SEO Optimized (Asal ada perkataan SEO)
- Core Web Vitals
- Customizable Template
- Responsive design/theme
- Mobile Friendly Template
- Comments System Support
- Ads section / Adsense friendly theme / Ads ready theme
- Fast loaded
Selebihnya boleh tengok widget apa yang disediakan dalam template itu.
Tips Selepas Tukar Template
Kesan selepas tukar template cuma dua sahaja samada BAIK atau BURUK.
Sekiranya korang pilih template yang sesuai maka prestasi blog korang akan menjadi semakin baik dari sebelumnya. Sebaliknya sekiranya korang salah pilih template, maka prestasi blog korang mungkin tetap sama seperti dulu atau mungkin jauh lagi teruk dari sebelumnya.
Untuk mengelak kesan yang buruk berlaku setelah tukar template, ada beberapa perkara korang kena buat :
- Buang semua kod adsense atau iklan yang ada dalam blog.
- Buang semua widget yang tidak perlu dan widget dari template lama.
- Semak kelajuan blog di GTMetrik (kena semak sebelum pasang kod iklan)
- Masukkan semula kod iklan dan tag Analytics.
- Semak semula kelajuan blog selepas pasang kod iklan/analytics
Selepas tukar template, kena rajin update artikel untuk melihat perfomance blog. Kalau korang jarang post selepas tukar template susah nak tahu template tersebut sesuai atau tidak.
Setelah sebulan boleh semak semula apa yang aku dah kongsikan di atas tadi. Sekiranya ada perubahan positif bermaksud template korang pilih sesuai.
Walaupun begitu, perlu diingat juga terdapat banyak faktor yang mempengaruhi prestasi blog korang seperti :
- Pemilihan niche blog
- Kekerapan update artikel
- Kualiti dan kuantiti artikel
- Penggunaan kata kunci
- On/Off Page SEO
- Perubahan Algorithm Google
- Masalah dalaman blog (Broken link, Spam links, Error)
Dan banyak lagi masalah-masalah blog yang lain.
Kesimpulan
Apa yang aku nak sampaikan kepada korang ialah sebelum memilih mana-mana template, korang kena kenal pasti dahulu apa masalah blog yang sebenarnya.
Apabila kita tidak tahu punca masalah blog tersebut datangnya dari mana, tukarlah banyak template sekalipun masalah blog masih kekal macam tu juga.
Aku cuma nak bagi gambaran bahawa banyak perkara yang perlu dilihat dalam blogging. Bukan semata-mata kita hanya menulis kemudian sendiri hairan kenapa blog tiada perubahan sedangkan setiap hari update.
Baiklah, itu sahaja perkongsian daripada aku. Semoga bermanfaat buat semua.
- Blog : www.belajarbuatblog.com
- Instagram : https://www.instagram.com/belajarbuatblogdotcom
- Fb Page : https://www.facebook.com/Belajar-Buat-Blog-104045572364953
- Telegram : https://t.me/belajarbuatblogdotcom
Catat Ulasan