Cara Mudah Mengesan Backlink Blog Anda dengan Ahrefs’ Backlink Checker

Assalamualaikum dan salam 2024 pembaca blog yang budiman.

Dah lama tak kemaskini konten dalam blog ini. Aku cuba untuk menulis artikel yang bermanfaat untuk kita sama-sama belajar dalam blog ini.

Maaf kerana hampir 3 bulan juga tidak update apa-apa. 

Jadi hari ini aku ingin kongsikan dengan korang tentang cara nak tahu siapa yang backlink blog kita menggunakan Ahrefs’ Backlink Checker

Cara Mudah Mengesan Backlink Blog Anda dengan Ahrefs’ Backlink Checker

1. Pertama sekali, korang pergi ke link https://ahrefs.com/backlink-checker

2. Masukkan link blog korang, kemudian klik CHECK BACKLINKS

Ahrefs’ Backlink Checker

Di bawah ialah contoh blog yang backlink ke blog www.siinurul.com Jadi korang boleh lihat berapa banyak blog yang dah backlink ke blog kita. 


Ahrefs’ Backlink Checker

Apa itu backlink?

According to Semrush "A backlink is a link that one website gets from another".

Dalam erti kata lain, "Backlink" adalah pautan yang diperoleh satu laman web dari laman web lain. Sebagai contoh, aku backlink kan petikan Semrush di atas ke laman web asalnya. 

Jadi ianya dinamakan sebagai external link (outbound link ). Manakala sekiranya kita menerima backlink dari website lain seperti link bloglist maka ianya dinamakan sebagai inbound link. 

Dan sekiranya kita pautkan link ke dalam website kita juga ianya dikenali sebagai internal  links.

semrush
Sumber : Semrush : What Are Backlinks & Why They Matter in SEO


Kepentingan Backlink Untuk Blog & SEO

Backlink sangat penting untuk SEO kerana Google menganggap jumlah backlink sebagai recommendations daripada website tersebut. 

Secara umumnya, semakin banyak backlink yang dimiliki oleh sesuatu halaman atau laman web, ianya dianggap lebih dipercayai dan mempunyai authority yang tinggi.

Walau bagaimanapun, tidak semua backlink mempunyai nilai.

Sekiranya korang menerima backlink daripada website yang mempunyai kandungan yang kurang berkualiti atau tidak berkaitan, kemungkinan besar Google akan mengabaikan pautan tersebut apatah lagi daripada laman web yang tidak dikenali atau berisiko spam. 

Ini disebabkan Google tidak mempercayai pautan tersebut dan akan memberikan kesan kepada enjin carian (SEO). 

Antara kepentingan mempunyai backlink kepada blog ialah :

1. SEO (Search Engine Optimization)

Backlink dapat meningkatkan kedudukan website korang di enjin carian (Google search). Secara umumnya Google akan mempertimbangkan jumlah dan kualiti backlink ketika menentukan samada relevan dan authoritif sesuatu website.

2. Meningkatkan Authority dan Kredibiliti 

Blog yang mendapat backlink daripada website yang mempunyai Domain Rating atau Domain Authority yang tinggi dapat meningkatkan DA blog korang. 

3. Peningkatan Trafik

Selain itu, semkain banyak backlink juga dapat meningkatkan trafik blog korang. Sekiranya artikel yang di backlink mempunyai audience yang relevan dengan topik atau niche blog korang, kemungkinan besar beberapa dari pembaca blog tersebut akan mengklik link tersebut dan mengunjungi blog korang.

4. Lebih Mudah Diindeks 

Backlink dapat membantu mesin pencari menemukan dan mengindeks konten blog korang dengan lebih cepat. Jika website tersebut mengarahkan pengguna ke halaman blog korang, ianya dapat membantu mesin pencari untuk segera mengenali dan mengindeks konten baru.


Walaupun backlink mempunyai banyak manfaat, korang juga perlu ingat bahawa kualiti backlink lebih baik daripada kuantiti backlink. 


Korang juga boleh semak DOMAIN AUTHORITY (DA) blog tersebut di MOZ Domain


Perbezaan antara Domain Rating (DR) dengan Domain Authority (DA)

Domain Rating (DR) ialah metrik yang dibangunkan oleh Ahrefs yang menunjukkan kekuatan profil pautan balik laman web pada skala 1 hingga 100.

Manakala Domain Authority (DA) ialah metrik ranking enjin carian yang dibangunkan oleh Moz yang meramalkan sejauh mana baiknya sesuatu laman web akan menduduki tempat dalam halaman hasil enjin carian (SERPs). 

Skor Domain Authority berkisar dari 1 hingga 100, dengan skor yang lebih tinggi berkaitan dengan keupayaan untuk menduduki tempat yang lebih baik.

Secara ringkasnya korang menggunakan Ahrefs’ Backlink Checker untuk melihat siapa yang memberikan backlink ke blog korang dan menggunakan Moz Domain untuk mengukur Domain Authority blog tersebut kerana backlink website yang mempunyai DA yang tinggi dapat meningkatkan authority blog korang juga. 

Setakat ini sahaja perkongsian tentang backlink. InsyaAllah akan datang aku akan kongsikan lebih banyak lagi konten berkaitan backlink.

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog