Panduan Mudah Memahami Core Web Vitals untuk Blogger

Core Web Vitals

Apa Itu Core Web Vitals?

Core Web Vitals adalah tiga perkara penting yang digunakan untuk mengukur pengalaman pengguna di laman web. Ianya berkaitan dengan bagaimana cepat laman korang dimuat, sejauh mana laman  bertindak balas, dan kestabilan visual semasa proses memuat.

Berikut adalah ringkasannya:
  • Loading – Berapa lama masa diambil untuk kebanyakan kandungan laman muncul?
  • Interactivity – Berapa cepat laman bertindak balas kepada interaksi pengguna?
  • Visual Stability – Adakah kandungan laman kekal di tempatnya atau melompat-lompat semasa memuat?

Cara Meningkatkan Core Web Vitals

Jika korang tidak begitu arif dengan aspek teknikal, korang boleh minta bahagian teknikal untuk membuat penambahbaikan pastikan korang meminta tangkapan skrin sebelum dan selepas untuk lihat perubahannya.

Namun, sekiranya korang ingin memperbaikinya sendiri, berikut adalah beberapa langkah mudah untuk memperbaiki ketiga-tiga aspek ini:


1. Meningkatkan Loading (Largest Contentful Paint - LCP)

LCP ialah seberapa cepat kandungan utama di laman web korang muncul. Google mencadangkan agar masa muat berada di bawah 2.5 saat. Korang boleh memperbaikinya dengan:
  • Mengoptimumkan saiz gambar
  • Menggunakan cache yang betul
  • Mengurangkan skrip yang berat

2. Meningkatkan Interactivity (First Input Delay - FID)

FID mengukur berapa cepat laman bertindak balas apabila pengguna klik atau menatal. Masalah utama biasanya berpunca daripada JavaScript yang terlalu berat. Google mencadangkan respon dalam kurang dari 100 milisaat. Korang boleh memperbaikinya dengan:
  • Mengurangkan skrip yang tidak perlu.
  • Memastikan laman web lebih ringan dan mudah dimuat


3. Meningkatkan Visual Stability (Cumulative Layout Shift - CLS)

CLS mengukur sejauh mana elemen di laman bergerak semasa proses memuat. Jika kandungan banyak berubah tempat, ia akan mengganggu pengguna. Google mencadangkan agar perubahan ini kurang daripada 10%. Korang boleh perbaiki ini dengan:
  • Menetapkan saiz untuk gambar
  • Memastikan ruang tetap untuk iklan

lighthouse

Alat untuk Mengukur Core Web Vitals

Korang boleh gunakan beberapa alat ini untuk memeriksa dan memperbaiki Core Web Vitals laman blog korang:
Memperbaiki Core Web Vitals mungkin memerlukan masa, tetapi dengan bantuan alat-alat ini, korang boleh memastikan laman web anda lebih mesra pengguna dan berfungsi dengan lebih baik.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog