Sekiranya korang dah lama dalam dunia blogging pasti banyak artikel yang dah ditulis. Ada blogger yang menulis sehingga beribu artikel dalam setahun.
Namun seringkali juga blogger berdepan dengan delima samada perlukah memadam artikel lama?
Ada yang berpendapat bahawa menghapus artikel lama boleh memperbaiki blog dan meningkatkan kredibiliti, tetapi dari sudut SEO akah ianya tindakan yang bijak?
Dalam artikel kali ini, aku ingin mengupas kesan jangka panjang jika korang memadam artikel lama serta alternatif yang lebih baik untuk mengekalkan kualiti blog korang.
Kelebihan Memadam Artikel Lama
1. Meningkatkan Kualiti Kandungan Blog
Jika artikel lama tidak lagi relevan atau ditulis tanpa strategi SEO yang baik, ia mungkin tidak memberi manfaat kepada pembaca. Memadam kandungan yang tidak berkualiti boleh meningkatkan reputasi blog.
2. Menghapuskan Kandungan Duplikasi atau Nipis (Thin Content)
Jika korang mempunyai artikel yang terlalu pendek atau mengandungi kandungan yang diulang dalam beberapa posting yang berbeza, Google mungkin menganggapnya sebagai thin content yang boleh merosakkan ranking SEO. Hal ini demikian kerana dianggap sebagai artikel yang tidak mempunyai nilai.
3. Fokus pada Niche yang Lebih Jelas
Sekiranya korang telah menukar fokus blog, ada kemungkinan terdapat artikel lama yang tidak sesuai dengan niche baharu. Oleh itu, memadamnya boleh membantu blog lebih konsisten dalam topik tertentu, serta meningkatkan authority dalam bidang tersebut.
Kesan Negatif Memadam Artikel Lama
1. Kehilangan Trafik Organik
Sekiranya artikel lama masih mempunyai ranking di Google, memadamnya boleh menyebabkan kehilangan trafik secara drastik. Ini boleh menjejaskan jumlah pelawat blog korang.
2. Merosakkan Struktur Dalaman Blog
Artikel lama mungkin mempunyai backlink dalaman daripada post lain. Jika korang memadamnya tanpa menggantikan dengan kandungan baharu, ia boleh menyebabkan pautan rosak (broken links) serta merosakkan pengalaman pengguna.
3. Kehilangan Backlink Berkualiti
Jika artikel lama mempunyai backlink dari laman web lain, memadamnya akan menyebabkan blog korang kehilangan backlink berkualiti yang boleh membantu ranking keseluruhan blog korang.
Alternatif Lebih Baik daripada Memadam Artikel
Sekiranya artikel lama masih mempunyai potensi untuk diperbaiki, sebaiknya jangan padam terus. Berikut adalah beberapa langkah yang lebih baik untuk mengekalkan nilai SEO blog korang:
1. Kemas Kini dan Perbaharui Artikel Lama
- Tambah maklumat terkini untuk memastikan kandungan masih relevan.
- Gunakan kata kunci (keyword) yang lebih sesuai dengan trend semasa.
- Masukkan imej baharu, infografik, atau video untuk menarik perhatian pembaca.
Neil Patel, pakar pemasaran digital terkenal, pernah berkongsi bahawa memperbaharui artikel lama boleh meningkatkan trafik organik sehingga 50%. Dalam satu kajian kes, beliau mengemas kini artikel lama di blognya dengan:
- Menambah statistik terkini
- Menggunakan kata kunci yang lebih relevan
- Memperbaiki struktur artikel
Hasilnya? Artikel tersebut kembali ke halaman pertama Google dan menyumbang kepada peningkatan trafik bulanan blognya.
2. Gabungkan Artikel Serupa
Jika korang mempunyai beberapa artikel dengan topik yang sama, gabungkan kandungan menjadi satu artikel komprehensif yang lebih panjang dan informatif. Gunakan 301 redirect untuk mengarahkan URL lama ke artikel baharu.
3. Gantikan dengan Artikel Baru
Jika mahu betul-betul mahu memadam artikel lama, pastikan korang menggantinya dengan kandungan baharu yang lebih berkualiti. Letakkan pautan redirect supaya pembaca dan enjin carian tidak menemui halaman kosong (404 error).
Kesimpulan: Perlukah Padam Artikel Lama?
✔ Jika artikel sudah tidak relevan dan tidak mempunyai trafik langsung → Boleh padam.
✔ Jika artikel masih mendapat trafik tetapi kurang berkualiti → Lebih baik dikemas kini.
✔ Jika ada banyak artikel dengan topik yang sama → Gabungkan menjadi satu artikel yang lebih mantap.
Sebagai seorang blogger, keputusan untuk memadam artikel lama perlu dibuat secara strategik. Jangan hanya memadam kerana ia "terasa" sudah lama—buat analisis dan gunakan pendekatan yang lebih bijak untuk mengekalkan trafik, SEO, dan kualiti blog korang.
Catat Ulasan